18 December 2011

Arwah Abang Ipar

dah lama kot . aku ni memang suka post bende yang dah lama . aku post pon sebab aku termimpi dia lately . aku mimpi dia bermesra dengan anak-anak dia. Orang lain tak nampak kehadiran dia. cuma anak-anak dia je. mimpi . Norusani Bin Othman . aku panggil abang sani . tu lah abang ipar aku . dia bijak . pandai . dia jurutera .dia hormat mak bapak dia . dia sangat bersederhana . kakak aku cerita masa dia belajar dia tak pernah susahkan parents dia . sampai lah dia graduate . baiknya dia . masa dia belajar . dia susah nak mintak duit parents dia . tak macam aku . aku ni sikit-sikit nak duit . makan nak yang sedap jek . baju nak mahal . nak banyak . dalam almari ni dah tak muat . almari kat kolej ni dah sempit . belum lagi kat rumah tu . nampak lah beza . arwah dulu ditawarkan untuk jadi manager. manager kat tempat dia kerja lah . aku pon tak tau sangat . tapi sayang . bukan rezeki dia . dia dah pergi dulu . pergi menghadap Illahi . Allah lebih sayangkan arwah . suatu pagi ada call . aku angkat . suara orang call tu rushing suruh panggil mak . mak jawab . mak terkejut . aku pon . abang aku pon . semua pon terkejut . manik jernih jatuh kat pipi aku . semakin deras . teresak sampai tak tahan . buntu . hanya tangisan yang memecah sunyi masa tu . Abang dgn kakak aku kemalangan sewaktu pulang dari kampung ke rumah dia . dah nak sampai kot kat rumah dia . tapi dah itu yang Dia mahukan . redha je lah . rupanya itu maksudnya . dia senyap jek masa jumpa mak aku malam sebelum dia balik . mak aku perasan . sebab abang aku asek tenung jek . senyap tak berkata . tak seperti dulu . sedih nya . bagaikan mimpi . mimpi tak diduga . sukar untuk terima . namun pahit itu harus ditelan . untuk kami sekeluarga kedua belah pihak . sekeluarga pergi ke hospital mersing . sepanjang perjalanan mak bacakan yasiin . ditemani aku dan kakak atas aku . teresak sayu . sampai dihospital mersing . menangis nampak kakak aku . bagai tak percaya ini berlaku . hanya menangis . entah kenapa tak nak nak berhenti menangis. sebak . pergi ke bilik anak sedara aku . diorang berdua . senyap membatu baring di katil . diorang sangat terkejut . mak aku dukung anak sedara aku yang sorang. bila di letak . dakapan erat sakit dapat aku rasakan . dia tak nak lepas kan mak aku . kesian aku tengok . dah lah anak perempuan dia selalu manja dgn ayah dia. anak sedara yang lelaki luka cedera . jahit di kaki dan kepala. yang perempuan selamat . tak ada apa cedera langsung .biasalah budak kecik tak ada dosa kan . Allah tolong . cuma dia demam . mungkin terkejut . Arwah selamat dikebumikan . meninggalkan seorang isteri(kakak kandung aku) dan dua anak . seorang lelaki seorang perempuan . aku hanya kesian . dengan anak-anak dia . belum dewasa . dah tiada bapa . tak sempat arwah tengok dia orang bersekolah . aku cuma teringat kan arwah bila dia baca komik doraemon aku . then dia gelak . itu kelakar . kenapa aku baca aku tak gelak . ok aku tak ada perasaan .




NORUSANI BIN OTHMAN meninggal pada tahun 2004

Al-fatihah~

15 December 2011

Result Result Result !!

OK result keluar dah lama . Tapi hari ni baru sempat nak post kat blog. Result keluar bila yek . emm hari isnin 5hb 12 2011 . Oh tak . tu masa pengarah ambik . dapat nya hari selasa 6hb . agak gementar disitu . aku tak boleh duduk diam dalam dewan kuliah asek fikir result yang tah berapa aku dpt tu . haihh . ok lah . pendekkan cerita . aku amek result pukul 5 eh tak pukul 4 lebih . Naik bangunan admin dgn lemah longlai . haha . hmmm lalu sana jek ade yang jerit . lalu sini pon ada yang jerit . agak result tu berpuaka ke ? o.O .. haha .. ok lah aku nk bagi tahu result aku ni tak berapa bagus . tak sehebat yang lain . aku just dapat 3.39 jek . haihh .. ok aku taip ni aku menangis . result tu sangat sikit . aku bukan tak bersyukur . tapi itu teruk . aku ni .. e teruk lah .memang teruk . main jek . sedih nya !!!! rasa macam . haihh ..tak tau nk kata apa kat diri aku ni . bukan susah mana pon .  Walaupon aku tau ada yang lagi sikit dari aku . tapi ... dah lah . sedih ni . bye ..

29 November 2011

Di Rumah Pensyarah !

ok percaya atau tidak ini memang aneh . sebab jumpa pensyarah ni . bukan . maksud aku dy ajar tutorial kelas aku . kelas fizik . nama dia Hanif Ramli . dengar kata dia ni garang orangnya . ok aku pon seram sejuk sebelum dy masuk . haha . tak memasal kan ? ok ni first time kot dia masuk . sbb last week kan cuti . lepas tu dia pulak tak ada . eh semua senyap ?. haha . maklumlah dengar khabar angin kata yang dia ni garang . tu yang semua takut . masa dalam kelas tu . aishh . macam-macam peraturan lah . haha . ok ikut jek . then bila nak habis kelas jek tiba-tiba dia ajak datang rumah dia . satu kelas ! pelik ! katanya nak buat bbq lah . nak masak itu lah masak inilah . tapi time bbq tu tak jadi sebab nak kena beli ayam and peram dulu . tapi dia pulak tak da esok . tu yang dia tempah makanan kat cafe uncle sam . ok suruh datang . aku macam tak percaya jek dia ni . haha . yelah sebab tanya kelas lain tak da pulak dia buat mcam tu kan ajak datang rumah bagai . huh . datang jek lah . eh betullah . haha . ingatkan main-main . dia tu dah lah pelik . pandang budak laki macam nak cium . haha . lagi-lagi si shah . aishh . dah kene peluk bagai . haha . ok time makan . oh dia belanja makan nasi goreng paprik . huhu . baiknya . tak garang pon . seronok lah . haha . bergembira jek . ceeh . lepas tu solat maghrib berjemaah di rumah dia . huhu . lepas tu lepak-lepak kat ruang tamu . ceh . main facebook pula dia . siap nak masuk group kelas kitaorang . eh sibuk jek . lepas tu nak add kami pula . -.-' ..ok aku balik bilik pukul 8 . eh sementara tu aku tengok cerita TENTANG DHIA . haha . bestnya . ada tv .-.-' . ok jeles . dah lah balik pukul 8 . huhu .

dibawah ini gamabar-gambar kami sewaktu bersama .. ceehh .. haha ! -.-'





26 November 2011

1 Muharram !

1Muharram . bulan pertama mengikut kalendar islam . sama-samalah kita bukak buku baru dan tutup buku lama . semoga tahun baru ini segala kekurangan dan kelemahan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan amalan . hehe . jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun maghrib nanti .
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM !

25 November 2011

Awal Muharram !

Awal muharram jatuh pada 26/11/11. iaitu hari sabtu. mestilah ahad cuti . ahad cuti ? memang lah cuti kan . hehe . actually cutinya dibawa pada hari isnin . so isnin pon cuti .yeaahh!! apa lagi .. balik rumah lah . huehuehue . cehh padahal baru seminggu balik hostel . balik lagi ke rumah . haish apa lah aku ni . hihi . ah lantak . kat sana sumpah MATI KUTU . bosan tak tahu nak buat apa . daripada melanguk macam orang tak betul kat asrama tu baik aku balik rumah . dapat makan sesedap. ceh ingat makan jek aku ni . actually aku nak cerita yang aku nak balik naik bas . yelah aku ni jakun . tak reti naik bas . nak orang jemput jek . k lantak ah . hihi . then tiba-tiba ada announcement ckp pelajar boleh balik selepas pukul 5 . sebab ada program kerjaya kat matrik ni . alahai . matilah aku . kalau macam tu macam mana nak naik bas ke station bus . maksud aku bila dah sampai bas station aku nak naik apa untuk sampai ke rumah . mestilah dah tak ada kan . T_T . ok fine . aku buntu . tapi nasib baik daus call aku nk tumpangkan aku balik . yeahh !! nasib baik lah wey . haha . pukul 1 tu jugak aku kemas-kemas. then keluar .masa scan kad tu .. alamak..kad aku kene block pulak ! ***t !ah tulis nama kat buku . ok blah . haish . then aku pergi solat jumaat kat Jementah .*jgn ingat aku gerak pukul 1 aku tak solat jumaat ea* huehue . ok dah . potong cite . aku dah sampai rumah kira-kira pukul 3 kot . hehe .
HOME SWEET HOME

23 November 2011

Sengkek !

Ok baru jek masuk matriks untuk semester II . biasalah . elaun belum masuk lagi . tapi baki elaun sem lepas aku stil ada dalam RM70 and plus-plus . kononnya seminggu ni nak pakai duit mak yang mak bagi RM50 . eh tak3 . mula-mula mak bagi seratus setengah . tapi aku yang tak nak sebab banyak sangat . takut hilang kan . tu yang aku suruh bank in jek . ok dalam tangan aku sekarang ada rm50 . makan makan makan dan mencekik . duitnya tiba-tiba dah nak abis dan akhirnya .... ok dah habis . aku tak tau nak makan apa . hari tu dah pergi ATM machine kat depan tu . tapi...OUT OF SERVICE pulak !!! sabar je la . maybe esok dah ok lah . esok nya pulak . pergi lagi . tanya pak guard . pak guard kata OUT OF SERVICE lah dik . adoyai !! mampus . ok aku pinjam duit kawan . dah habis . pinjam lagi . haha . nak call mak tapi mcm lah mak boleh tolong sbb kompom mak tak datang sini . hmmm . ok lepas tu aku tak tau nak buat apa just pinjam dan pinjam. ah nanti aku bayar lah . huehue . nasib baik lah minggu tu boleh balik . hmmm .. sabar je lah . pengarah kata elaun keluar lepas dapat result . result pulak keluar 5hb nov nnti . ahh takutnya . ok back to duit . duit ? ok aku tak de duit . tu jek . dan aku hanya ada biskut dibilik . kemudian aku tak kenyang . ok nak pergi cafe .*ceehh dah lah tak de duit . boleh lagi makan sedap-sedap kat cafe*. haha . ok lah . lapar . bye . ='( ...

Bola ! Malaysia vs Indonesia !

tengok bola dekat matriks jek . dah lah tv kecik ! gambar tak clear bersemut-semut ! ahhh . awal-awal dah bebel kan . haha . semangat untuk menyokong Malaysia . mula-mula turun kat blok aku . tapi tv pulak tak hidup . aishh dah dekat 8.30 ni . makan lah dulu . kih3 . makan laju-laju semata-mata nk tgk bola . then pergi kat blok sebelah . eh alamak tiket dah habis. ramai lah pulak . aku selit-selit jek . haha . tak dulik .nk tgk bola . tepi tepi tepi !! -.-' .. fuhh .. first2 indon dah gol kan satu . grrr~ menyumpah seranah aku kat belakang cakap indon main pawang . lalalla . then malaysia pulak gol . perhhh .. menjerit siot . aku pon jerit sekuat hati . huehuehue. then ada sedikit kekecewaan lah bilagol kedua malaysia dikatakan outside . haish . indon pon sama jugak . gol yg kedua dikatakan outside . fuh ! nasib baik . haha . then main punya main tak gol-gol jugak . sampai bagi masa tambahan pon tak gol . akhir sekali bagi penalti . tengah-tengah nak penalti tiba-tiba tv tu pulak mati . tup ! semua senyap . tiba-tiba bertempik suara berlari mcam gajah pergi cafe ! haha . aku pon sama . lalala . ok pendekkan cerita . Malaysia menang !!!! yeahhhhh !!! aku punya jerit . macam nak tanggal tekak . budak-budak semua ketuk-ketuk meja. tak cukup dengan tu . aku pon menjerit naik atas meja cafe . lalala . mcm aku sorang jek lebih-lebih . -.-' .. ah tak peduli . yang penting MALAYSIA MENANG !! haha. memang terbaik lah .  ok dah . cerita bola dah habis . pukul 11 lebih dah . balik bilik tidur . esok kuliah . walaupon hari selasa tu cuti sempena sultan johor . aku terpaksa kene ganti kuliah . haishh .. -.-'' .

GO HARIMAU MALAYA !!!

19 November 2011

Pulang ke Matriks !

Hari jumaat bersamaan 18 Nov 2011 . Alaaaah balik matriks pulak . bosannya . kenapa awal sangat nih ! Ish ! ni gara-gara MUET lah ni . Eih . kang ni makan dy ! . Pagi tu aku bangun awal lah pulak . Pukul 9 . awal ke ? pada aku terlalu awal . lalala . kenapa yek ? nak kata excited...mmg tipu lah . hmmm .kemas-kemas baju.ahhh nantilah.kita online dulu.hahaha.lepas tu p solat jumaat.hari terakhir solat dekat masjid tu.*cakap kali terakhir macam aku takkan balik pulak kan -.-' * . haha ! lepas solat jumaat barulah sibuk-sibuk kemas . haishh malas lah. penatnya kemas baju. penatlah sangat. kalau dah mak aku yang kemaskan,penat ape bendenya.haha.ni lah akibat dimankakan sangat.cehhh !puihh ! lepas tu makan.makan lauk mak yang terakhir iaitu kari . haha. walaupon aku tak berapa minat kari tapi nk buat mcm mana. mak aku penat mask kot. dah lah tu yang terakhir sebelum aku balik asrama untuk start semester 2 . haishh . menikmatinya tanoa tinggal sebutir nasi. sebutir nasi ibarat setitik peluh mak . hargailah masakan mak . haha . ok dah . bersiap. iron baju cincai . nampak lagi kedutnya. ah lantak . haaaa nampak tak aku tak nak balik . dengan rambutnya yang serabai tak berminyak. hmm . lepas tu kakak aku pon sampai. pukul 4 gerak dari rumah . sampai KMJ pukul 5.30. then makan-makan sekejap. alahai balik bilik . oh roomate belum sampai lagi . alahai . bosannya . masuk penjara semula . haha . pukul 6 mak aku dah balik . wuaaahhh . malam pulak . alahi . bosan giler-giler. esok dah lah MUET . ok aku tak baca apa-apa sebab aku hebat . haha puihh . ok online jek . sampai pukul 12 lepas tu tidur . hehe . 
WELCOME BACK TO KMJ !!!

12 November 2011

Di Rumah !

Di rumah. Di rumah. emm di rumah ada apa ya ? hmmm .. ada tv ada katil, ada lappy, ada makanan .. ada mak ada abah . huehue . haihh . bosan sebenarnya duduk rumah ni . Tak tahu lah nak buat apa . Btw tak pe lah , daripada bosan kat asrama baik bosan dekat rumah . an an an . seperti biasa rutin aku setiap hari ialah, bangun pagi...pagi ke ? boleh lah . dalam pukul 11 12 aku dah bangun lah . Then on lappy,makan sikit apa yg ada kat dapur. then online.youtube-ing.blogging.dan sewaktu dengan laman sosial yang lain.teeet.lepas tu makan tengahari. pukul 2 baru mandi . yeke ? kadang2 pukul 3.huehuee.lepas tu kat rumah aku selalu malas.mmg pemalas tahap gaban lah.solat nya tah ke mana.haishh . kalau kat asrama aku lah paling rajin antara roomate aku .. rajin ke . puihhh . haha .. yela.kat sana aku yg bangun subuh paling awal.kalau azan jek cepat2 pergi masjid.tapi kalau kat rumah ..vise versa lah . haishh..apa nak jadi lah dengan aku.ok lah . tu jek alkisah aku dekat rumah.

09 November 2011

Gunung Ledang !

7 November 2011-family plan pergi gunung ledang . yeahhh ! walaupon dah pergi banyak kali . tapi tetap tak bosan . hehe . Macam biasalah,pagi kemas rumah,then masak. Tengahari dalam pukul 1 tu dah gerak pergi gunung. Dekat je . satu jam dah sampai . huehue. Kat sana buat ikan bakar . HAHA . uihhh . sejuk sey air . tapi kali ni best giler ah . semua adik beradik aku ada . Main kejar-II dalam air,sampai aku jatuh kene batu . Berdarah kaki aku .. T_T . Then aku main lagi . Main lompat-II kat atas batu yang kat dalam air . Then kaki aku pulak merekah . Alahai sensitif lah kulit I ni .. ^.^ .haha puihh ! Mandi dan mandi. Terjun dan terjun. Ahhhh .. Segar nya . haha . mandi sampai pukul 5.30 kot . Cukup lah tu . abes dah kecut satu badan . Menggigil naik . hehe . Balik singgah pasar malam . Haish lapar pulak perut ni . kih3 .. Then balik terus rumah . Sampai rumah main jutaria dengan anak-II sedara . huhu . sampai pukul 2 pagi . then baru tdur . dah lah ..nak makan ni . BYE ! ^.^

07 November 2011

Melaka !

Actually ni cerita lama . cerita sebelum final exam aku . baru teringat nak share. kih3. Masa ni minggu stdy week,family aku datang hari sabtu,then dyorang ckp nk p melaka. Aku pon jeles lah dengar. Mana tak nya ,kalau asek duk terperuk kat bilik stdy jek . Aku pon cakap dengan mak aku yang aku nk ikut. Lepas makan2 aku pon p lah bersiap-siap.hehee. Tau tak , aku outing secara haram ! huehuehue. Aku malas lah nak scan . sebab aku kompom . mesti balik malam . kalau balik malam nnti aku kene blok lah pulak . Then aku keluar tanpa muka bersalah depan pak guard tu . Fuuhh..nasib baik dy tak perasan. HAHA ! Yeahh! akhirnya keluar lah dari 'penjara' ! penjara ke ? tak lah penjara sangat . tapi terseksa lah jugak batin aku . HAHA .puihh! emm sampai jek melaka ,terus berhenti kat melaka parade . Tak de ape lah sangat kat situ . P singgah kat mall . Aku p beli sweater jek kat Parkson tu . Ada sale kan masa tu . hehe . Then lepas tu p kat menara Taming Sari. Naik bende alah tu lah . Biasa jek . HAHA . Pakai teropong tu buat aku pening .Lepas tu aku naik lah beca. Beca lagi .Bosan lah. Nak buat mcm mana. dah tak de bende nk buat kan. Pusing lah kat area2 tu.huehuehue.Sebenarnya nk cakap pasal bende nih. Ada awek ni duduk sebelah aku masa naik menara taming sari tu. Then dy tibe2 tegur . "holiday ke ?" .. aku pon ye kan jek lah . Mls nak layan . Yelah tgh syok tgk pemandangan kot. Then lepas tu,masa nak turun dy mintak no phone aku . Aku dengan dungunya pon bagi. Then dy asek miskol aku. Aku tak layan. Sebab tak de kredit .HAHA! nasib baik. Then dy siap text ckp kenapa tak reply. Aku buat tak tau jek . Lepas tu dy kacau aku guna no. lain . Aku tak layan jugak. HAHA . Nampak tak aku belagak. lolxD. k dah. malas nk cakap pasal tu. Then aku balik asrama pukul 10 malam. Sebelum tu aku singgah p makan . yeahh!! Aku masuk asrama then abg aku ckp kat pak guard nak hantar 'barang' . HAHA . nasib baik lepas. Barangnya aku lah tu . ok dah . cukup . banyak taip ni .

 

05 November 2011

Hari Raya Qurban


                       Salam Eid ul-Adha =)

Movie !




aku just nak cakap , cerita ni tah apa2 jek . jalan cerita yang ... yang .. bangang ! by the way . aku igt cerita ni pasal tudung ke hape . rupanya cerita hantu . hantu nya buat aku dengan anak sedara aku gelak . bukan tak menakutkan . cuma... haishh .. tgk lah sendiri .. -.-'' .. ok dah . tak de pape lagi . tu jek nak komen pasal cerita annoying ni . harharhar..

Semester Break 1 !




Finally !! exam dah habis . PSPM 1 is over !!! cepat2 balik bilik . packing semua barang. haha . bawak balik semua buku2. nak jual . ada lah dalam 10 kilo . bapak berat sey . ok . sampai rumah pukul 11 mlm . sebab aku pegi singgah kat rumah akak aku kat segamat . Now nak tidur pulak . nak tebus masa tidur yang aku guna untuk study sampai 2 3 pagi . kih3 .by the way , sem break aku just two weeks jek .rasa macam tak cukup pulak.. ok lah . bye . nnti story mory lagi .. =)



Nak berhibernasi kejap . Gudnight ..

04 November 2011

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi



Shhhhtttttt!! Peperiksaan sedang dijalankan. SILA SENYAP ! haha . aku start exam final semester 1 on 28 oktober sampai 3 november . Agak penat lah jugak sebab kene stay up malamII sampai 2 3 pagi . Biasalah,baru student namanya kan .First exam is maths . Aku suka gile kat maths ni. Tapi kadangII tu kalau jawab asek tak dapat jawapan jek,naik geram aku ! haishh. Followed by fizik,biology,and lastly kimia.emmm..so far ok lah kot aku jawab . Ada jugak lopongII yang tak sempat nak jawab . hehe. tapi apeII pon aku rasa aku dah buat the best . Doa dah,usaha dah,lepas ni tinggal tawakal . Hope dapat 4flat .Amin.*doa biar mintak lebih* keh3 . Ni ha , aku nak bagi tau , masa last exam kimia tu , masa tengah tulis jawapan boleh pulak aku terlelap. haha . ni lah akibat stay up malam sangat . ok dah . tu jek. bye . lolxD

Mengantuknya study

22 August 2011

Muktamat !

Hehe ! sepatutnya aku post long time ago bende alah ni . tapi busy kan . ececee . Aku dah buat keputusan . Aku pilih MATRIKULASI ! 23 Mei aku dah daftar dah . Sedih jugak lah masa dalam perjalanan nak pergi tu . Sebab dah tak dapat jumpa kawan2 . *mcm tak ada alasan lain jek . hehe ! Masa otw tu , terserempak dengan cikgu2 . Eh rindu pulak nak p sekolah . =( .. Dah nak sampai , berdebar2 rasanya , mcm mana lah agaknya bila kat sana . Fuh ! bila sampai jek , adei sesak la weh . Sampai2 jek aku blur , tak tahu nak buat apa . =P .. then aku p lah daftar , dah daftar semua angkut barang naik bilik . Sebenarnya ada incident yang memalukan aku first naik blok tu , nama blok tu Al-Kindi . hehe . ade lah story aku , malu nak cerita .. hak3 . Lepas tu aku rasa macam tak nak bagi family aku balik . =.=' .. nak suruh mak aku tinggal dgn aku . tp tak boleh la . sedih aku . Maklumlah tak pernah duk hostel . selalu dok bawah ketiak mak . HAHA ! .ok dah malas taip lagi !

08 May 2011

Selamat Hari Ibu

Tanggal 8 Mei 2011




SELAMAT HARI IBU =)
Mak adalah segalanya. Terima kasih kerana menyayangi kami enam beradik . Hehe. Tapi orang kata sambut hari ibu adalah haram ? Haha . Tapi tunjang nawaitu kitakan nak menghargai jasa ibu . Haha . Sememangnya setiap hari adalah hari ibu cuma hari ini lebih special. Sebab jasa ibu sangat besar. Pengorbanannya dalam mendidik anak-anak, memang tidak ternilai jika nak dibandingkan dengan harta dunia. Namun ibu tidak mahukan apa-apa daripada seorang anak melainkan mengingati ibu,mengenang jasa ibu dan melihat kita sendiri bahagia.
Sayang MAK .

07 May 2011

Matrikulasi atau Diploma ?

Apakah? o.O



Matrikulasi ? Program Satu Tahun(PST) ? Mungkin akan pergi.
InsyaAllah. Lagi pon dekat . Senang parents aku nak melawat . Haha !
Anak manja. Biasalah .
>.<



Depa tak tau ka cheq ni maih dok kat selatan . Kenapa depa p letak cheq kat utara sana .
Cheq dari johor takkan nak p sana kuut . Awat jadi lagu ni... hanta cheq kat penang.
Udahloh nak p sana maih tol lagi, minyak lagi . Belum lagi yuran,duit belajaq lagi .
cheq sedih la...tp mak macam ok jek nak hantaq cheq p sana ..haish.. kusut !! =(


PENING !!!!!!!

06 May 2011

Attention ! Bad Mood In Progress !!!

05/05/2011 . Tak da mood.Semua aku hangin.Rasa nak mencarut jek.Ok tu jek nak bagi tahu . >.<




02 May 2011

Ketika Aku Menulis



Tatkala metacarpal dan carpal ini ,
mengenakan receptor pada keyboard ,
Ketika inilah, luahan hati bermula .
Hati kecilku menjerit menzahirkan kesakitan,
Setiap kali blood cappilary kuat berusaha
mencari oksigen untukku bernafas,
saat itu jugalah cereberum ku kencang
mencari konklusi kehidupan.
Kehidupan yang banyak liku.
Tidak kuat lagi metatarsal menanggung perjalanan penuh duri .
Semangat ! Itulah yang membangkit jasadku,
Supaya keluar dari kegelapan,
Mencari sebuah kawasan terang,indah lagi cantik
bagai taman-taman di syurga.
Di situ terdapatnya anther dan stigma
yang menghasilkan generasi bunga cantik
untuk tatapan sang rama-rama.
Bukannya kawasan yang dipenuhi pneumatophor,
yang mencucuk-cucuk mengoyakkan artery.

******
Ketika diri ini dipuncak,
Janganlah diri ini lupa untuk pandang bawah.
Kerana di situ terdapat garis-garis hidup
yang diri ini lakar.
Agar tidak lagi jatuh kelak.


*dah . Aku tak tahu nak tulis ape . Ni pon main hentam jek. Saje nak test BM aku .
Berkarat ke tak . HAHA ! *



30 April 2011

I Can Cook ! =P

HAHA aku ni hebat tau memasak ! Aku masak time parents aku tak da kat rumah. Meh aku ajar buat nasi goreng special aku . Erk ! ok lah tu . Budak lelaki mana tau sangat masak yang heavy mcm kari, asam pedas etc. haha

Sebelum tu . Bimbingan dari orang dewasa diperlukan bagi mereka yang berumur di bawah 15 tahun . Yang dah tua bangka tu kalau tak reti jugak tak payah jadi orang ! =.='

Bahan-bahannya

  • Nasi.! Tak kisahlah nak masak lain ke ape ke janji nasi. Kalau nasi semalam yang tak abes pon boleh. Apa salahnya. Tak baik membazir.
  • Kuali dan sudip . Eh ape gelak ? betul la . Kang aku tak sebut kau tak masak pulak ! korang da la naif . HAHA !
  • 10 biji cili padi .Kalau nak kasi pijau bontot korang letaklah sekilo cili tu
  • 2 biji telur ayam. Tapi kalau nak guna telur cicak mungkin dalam 30 biji lah.
  • 3 bijik bawang kecik dan 1 bawang putih .Bawang putih tu sebiji jek . Kang tak memasal orang dok sebelah ko lenguh tangan tutup hidung bau mulut kau.
  • Garam, ajinomoto vespa,belacan.
  • Ikan bilis. Ikan bilis ni ada dua cara nak masak . Sama ada kau nak tumbuk atau kau goreng garing. Suka hati lah .Yang penting bukan goreng ikan yu .
Cara-cara

  • ditujukan kepada sesiapa yang tak ada blender, guna je lah lesung batu.Tumbuk lumat-lumat cili bawang kecik bawang putih. Agak-agak dah lenguh tangan tu stop la kejap lepas tu sambung balik tumbuk kuat-kuat sampai jiran kau tahu yang kau nak masak.
  • Kemudian tumbuk sekali ikan bilis.
  • masukkan secubit garam . Lepas tu tumbuk lagi 20 tumbukan. AWAS !! jangan banyak sangat garam tu. Kang tak tertelan pulak =.=' ..
  • Kemudian tuang sikit minyak motor masak dan panaskan menggunakan suhu 527 K. Eh3 cair pulak kuali. Emm .. agak2 korang la. Kalau nak tau dah panas ke tak letak jari kat minyak tu .Agak2 jari kau dah garing kira panas lah tu.
  • Lepas tu tumis segala apa kejadah yang kau dah tumbuk tadi.
  • Kemudian pecahkan telur . Tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan lah nasi. Kacau sampai kau naik bosan pulak. 
  • Siap!Bolehlah dihidang panas-panas.
  • Kalau nak hias tu boleh jugak . Tapi kalau aku, tak payah, makan je terus
Hiasan semata-mata . Tiada kaitan dengan yang aku masak . =.='


Pening !!!

I dont know what to say . Its about my future lorh .. actually aku pon tak tahu nak pilih bidang apa lepas SPM ni . By the way , aku dah check untuk kemasukan matrikulasi , and Praise be to Allah aku dapat masuk untuk setahun dekat Johor . Actually i never expect dapat Matrix ni because aku tak kemas kini pon untuk fasa kedua . HAHA ! tapi rezeki kan . hehe . Keputusan aku yang buat ! huh . sama ada nak tunggu untuk UPU punya tawaran atau aku masuk matrikulasi ja . Sebab aku dapat tahu kalau sesiapa yang masuk matrix dengan dukacita dan segala hormatnya mana-mana permohonan akan terbatal kecuali kalau ada moho JPA or MARA or whatever la . And aku of course la akan batal . ye la kan . Im not qualified to apply JPA or MARA tu . HEHE . Tapi ada satu kolej ni aku lupa lah nama kolej apa, dy ada tawarkan untuk bidang farmasi or pergigian . Tapi... nama kolej ni macam tak terkenal . Tak nak aku . HAHA ! ye lah kan . Nanti manalah tau aku dapat tahu U ni tak diiktiraf . Tak pasal pasal nak sambung belajar lagi tak dapat pulak . Haish . kan bagus kalau arwah abang ipar aku ada . At least boleh mintak pandangan dy en . Nak buat macam mana dy pergi dulu sahut seruan Allah . Lepas tu ditambah lagi dengan PLKN yang tah ape-ape tu . ERGHH ! I don't care lah kalau aku dapat PLKN . Tp ni panggil aku masa panggilan ketiga . Bulan 10 nanti . Macam mana aku nak sambung belajar ? Bangang ! Oh Allah . Show me the way to choose what the best for my future .. amin


Wish You Were Here !

I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all


There's a girl
who gives a shit
behind this wall
You've just walked through it


And I remember, all those crazy things you said
You left them riding through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here


Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.


I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss


All those crazy things you said
You left them riding through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here


Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.


No, I don't wanna let go
I just wanna let you to know
That I never wanna let go

(let go let go let go let go)

No, I don't wanna let go
I just wanna let you to know
That I never wanna let go

(let go let go let go let go let go let go let go)


Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here (I wish you were)
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.


Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn

What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here. 

Not In My Favourite List

I would not fear them. I'm just tickled to touch it. By the way, I REALLY REALLY and REALLY to the power of infinity REALLY HATE THEM MOST !!! =P
LIKE THIS !!


this is what I don't like the top. they always appear in my bathroom. hope to hold and throw far away but I CAN'T .. wuuaaa

ha ni lagi satu binatang yang aku geli . Ish ! Da la little bit rude . berak kat kepala orang . kuang ajak  ! tak suka kau la . Nasib baik aku pernah terpijak kau sampai mati ! PADAN MUKA !

Eh3 !! macam biawak belakang rumah aku jek ! HAHA !! eee binatang ni pon aku geli . Bila tgk dy jalan .. HAHA ! kiri kanan bontot dy goyang ! Eh ada bontot ke ? entah . tapi aku menyampah la tgk muka dy .(haha kesian . tak bersalah tapi aku menyampah)


29 April 2011

Kegemaranku...







Bahan-bahan :
  • 1 biji kek span coklat 8 inci. =.=' tak payahlah nak amik tali tape ukur betul2 8 inci .
  • 10 biji ceri marashino (bertangkai) ... tapi kalau nak letak dahan pokok sekali apa salahnya . Itu pun kalau kek anda macam sebidang tanah .
  • 1 mangkuk kecil inti blueberi .
  • 200 gm coklat masakan.Hati2 kalau beli coklat tu . kang tak pasal2 anak korang yg kebas makan . kang tak siap pulak kek untuk aku . =.='
  • 1 liter Whipping Cream For Topping .
  • sedikit beberas coklat untuk hiasan. Haish . Bukan beras nasi untuk anda melantak hari2 tu . Kalau tak tahu mintak bantuan orang dewasa . Kang tak pasal garam pulak di taramnya .
  • papan kek bersaiz 10 inci . Mcm aku ckp tadilah . kalau tak tahu mengagak amek jek dulang .

Cara Membuatnya :
1. Letakkan kek span atas papan kek.
2. Ambil pisau bergerigi dan belahkan 3 bahagian.p/s :: bukan gergaji ye !
3. Putar ‘whipping cream’ hingga kembang dan gebu mcm gayah gebu .
4. Ambil sedikit krim dan sapukan pada setiap lapisan.Jangan pulak ko sapu kat muka . Insyaallah berbatu jerawat yg tumbuh
5. Sapukan krim menyaluti seluruh kek.
6. Taburkan beberas coklat pada tepi kek. Buat corak rosette atas kek.
7. Hiaskan dengan strawberry segar yang baru dipetik di Cameron Highlands ya !
Dah pun siap . Apa lagi hidang lah depan aku . hehe .

15 April 2011

Kenangan...

HAHAHA !! team memekak ..

erk ! masa kat SMKA JB .
sapa tah budak hujung(berdiri) sebelah kiri tu ..

Maulidurrasul . Kami sentiasa menang banner .
(padahal buruk..tp sebab kerjasama kami .. huehue)

Time raya kat rumah cikgu Normah .. smart gambo ni ..
macam family .. (mmg family pon) HAHA!!
Para pendaki puncak Bukit Manisan
hehe ... comel tak .. ekekeee
HAHA !! rindu giler KADET POLIS !!
nampak tak aku yang comel tengah cangkung .. huhu
dah lah botak !! >.<


Masa sekolah...

cip cip cip...(bunyi burung laa..nak kasik sound effect sikit =.=') HAHA !! eh3 .. dah lamalah aku tak pakai uniform biru nak ke sekolah .. pakai kasut hitam.. seluar biru gelap ..sematkan dengan kemas tali leher .. wah !! bergaya .. lalalaaa .. aku lah PENGAWAS yang "rajin"... eh betul ape.. rajin maa .. (tak tahu nak jawatan jek !! yela .. jawatan tu senang nanti nak masuk IPTA ) HAHAH !! rindu giler nak pegi sekolah !!! kat sekolah masa form4 aku baru aktif.. masuk pertandingan tu lah ini lah..SERONOK~~ dapat pegi sekolah lain show off "market" kat AWEK .. HAHAHA !! emm aku rindu masa sekolah time jumpa member2 jumpa cikgu2 .. tapi tak suka belajar .. HAHAH !! biasalah .. semua budak pon macam tu .. yang paling aku suka time KAMI TAK MATANG !! huhu .. kitoranglah batch pertama yang tak matang paling kecoh paling banyak buat hal .. dah lah duduk dalam kelas pertama .. selalu cikgu marah.. bandingkan dengan kelas kedua ketiga .. erk ! menyampah jek budak kelas lain tu .. HAHA !! dah lah masa belajar main2.. periksa pon hampeh ! HAHA !! time sekolah la paling seronok aku rasa .. tak bosan pon pergi sekolah .. sbb tu kedatangan aku 100% .. HAHA !! bukan nak bangga .. tp KENYATAAN .. =P ..haish .. kenangan oh kenangan ... hehe .. kenangan ni paling best I ever had .. :D .. iaitu kenakan cikgu .. haha .. paling best dgn CIKGU ZOHARI .. dy ni mcm bapak laa .. haha ..tak marah pon .. kitorang suka kacau dy .. main2 dengan dy .. dy tak kisah pon ... manja GILER !! boleh main cubit2 .. pukul manja .. HAHA !! sumpah GEDIK !! dy ajo SIVIK jek .. tp kelulusan dy MATHS .. huhu .. time sivik ni .. emm .. org ckp ape .. tak penting pon .. haha .. tak masuk exam .. dan disebabkan itulah .. aku boleh main lukis2 ... berjalan2 keliling kelas kutip hutang .. tp time ni kitorang kadang2 tak membazir macam tu saja .. kitorang gunakan untuk SIAPKAN kerja ADDMATHS .. HAHA !! apa lagi .. pinjam buku sana buku dy buku aku .. HAHA !! nasib baik ada time sivik .. kalau tak kena tarik telinga la jawabnya .. lepas tu time tuisyen petang2 pukul 3 selalu datang lambat .. alasan tertidurlah .. tak da motorlah .. hujan lah .. pergi bank keluarkan biasiswalah .. HAHA !!lepas tuisyen jek aku kene lepak kat klinik .. bukan lepak .. aku kena siapkan majalah sekolah ... =( ..penat jugak .. lagi2 bila jadi KETUA EDITOR ... =P .. ...... then bila time rehat .. semua dah risau .. bila nak keluar .. bila ckgu lepas kan jek .. cepat2 lari keluar pegi PERPUSTAKAAN ..HAHA!! nonsense la nak pergi library .. padahal berlari pergi kantin .. mana taknya .. takut AYAM habis la cikgu~~ ..HUHU ^^ .oh jumpa pulak JANAH , EMY,KAK MAS, CIK JAMIL n makcik2 kantin .. huhu .. dyorg la yang menyediakan makanan kitorg .. HAHA !! tp CIK JAMIL owner kantin ni gedik2 lah .. haha .. gatal .. dgn lelaki pulak tu .. nasib baik da kawin .. kalau tak dah kene label GAY  .. >.< ...tp baik lah jugak .. first2 dulu masa kenal dy bagi aku bebola la hot dog la .. FREE..bg air percuma .. skrg dah tak .. masa dy nak bagi tu .. aku tolak .. MALU doh ..hah ! lepas makan jek pegi koop .. apa lagi .. kacau la .. buat bising lah .. apa lah .. ketawa2 .. hah ! kadang2 kalau tunas bukak .. pergi beli kat situ .. komen jek aku ngn fitri dgn yus .. mahal lah apa lah .. tp beli jugak . haha .. ketawa2 lagi .. kacau dyorg berniaga .. HAHA ! masuk kelas ketawa jek .. HAHA..!!emmm .. tp tu dulu .. haish .. lepas ni tak da dah .. =( .. tapi paling best time aku jadi PA system ..siaraya ... seronok .. pasang mic laa .. tp yg tak best kene datang pagi2 sebab nak setting .. HAHA !! lepas tu kalau mic kat atas tak hidup dgn bangga aku naik pentas betulkan .. lalaala .. gila GLAMOUR !! pernah jugak aku kenakan pengetua dengan buat bunyi kat belakang .. tulah .. bila aku dah bosan .. HAHA . boleh dy tanya budak2 yang beratur tu bunyi ape .. padahal aku yg buat .. PADAN MUKA ! huh .. sekarang dah tak da lagi .. wooo .. semua jadi kenangan laaa ...

Bila bosan menguasai diri o.O $&^$&

PEH !!! bosan memang tak bosan lah hidup sebagai PENGANGGUR yang TANAM ANGGUR . HAHA !! niatnya begini .. masa nak tunggu result SPM nak keje .. tapi tak jadi sebab ambil lesen(moto kereta) hehe !! lama jugak aku amek lesen .. hehe .. sbb time belajar jek aku asek ponteng .. HAHA !! pejam celik pejam celik melantak tidur melantak tidur .. eh2 result dah keluar lah .. lala .. terus tak kerja .. HAHA !! huh ?? result aku berapa ? emm .. hehe .. aku tak malu lah nak bagi tau .. sebab result tu mencerminkan usaha aku .. *ayat tak leh bla... result aku 5a 4b 1c... C aku kimia laa ..hehe.. aku tak bodoh .. cuma kurang pandai ..huhu  :( .. sedih gak .. bg lah at least B tok chemistry aku .. emm .. tak po ah .. bende dah lepas .. masa aku tak buat apa2 aku main FACEBOOK jek laah .. bangun pepagi on netbook baru pegi cuci muka .. lalaa .. aku on9 jek sampai malam pukul 3 pagi .. uishh .. petang aku skip la sebab nak tidur .. HAHA !! tapi sekarang dah kurang sikit .. aku on9 sampai pukul 1 2 pagi jek .. sebab PAK CIK HASAN marah.. HAHA ! bapak aku lah...main fb borak jek .. merepek lah bergaduh lah .. tapi paling best chat dengan AWEK~~.. >.<' .. HAHA !! hari tu 04/04 sampai 10/04 aku pegi KL .. saja jalan2 .. hehe .. lepas tu akak aku rekemen suruh kerja kat sturbuck .. lalaaa (eh sturbuck sekarang dah di haramkan.. sebab ada minuman haram..FUH !! nasib baik tak kerja situ) .. kerja kat panggung wayang lah .. tapi.......punggung aku kata jangan .. hahaha .. aku... emm .. malas laahh ... bukan masanya lah nak kerja ni .. memanglah suruh cari pengalaman .. tapi .. nanti dah pegang duit sendiri tak nak belajo pulak . kan3 ? sapa setuju angkat tangan macam saya .. huehuehue...emm tak kerja BOSAN . nak kerja pon BOSAN .. kalau boleh aku nak melancong baru TAK BOSAN . HAHAHA !!!

10 February 2011

Kelmarin . . .

Aku tulis ni adaptasi dari cerita aku masa tu ...
saja ja nak luahkan ...
___________________________________________________________________

Awak...
dah berapa lama saya tak IM dengan awak kan
rasanya dah dekat seminggu
saya rindu sangat dekat awak
saya tau awak pun rindu (itu pon klu saya tak bertepuk sebelah tgn laa..)
saya nak minta maaf
sebab abaikan awak
sebab tak layan awak...
dulu masa awak tak on9,
saya yang gelisah,
tak sabar nak chat dengan awak,
tapi sekarang dah lain kan,
saya nampak awak on9,
tapi saya buat tak tahu jek,
minta maaf ye,
bukan niat saya pon nak biarkan awak,
ni semua pasal hari tu lah kan,
kalau saya tak mulakan mesti tak jadi mcm ni,
mesti kita boleh mesra-mesra mcm dulu :)   .
lepas tu pulak masing2 dengan ego masing2,
tak nak tegur , buat hal sendiri jek kan,
tapi nampaknya ego saya lagi tinggi,
sebab awak yang mulakan dulu IM dengan saya,
masa mula2 awak IM dengan saya,
awak tegur letak gambar smile ni " :P "
lepas tu saya buat2 la lambat balas,
tapi tiba2 je awak dah off9,
saya baru je nak balas,
sedih jugak saya masa tu,
tak pe lah , maybe awak dah ngantok,
sebab esok awak kene pergi sekolah kan .
esoknyer pon sama,
petang tu awak ada on9 kan,
saya buat tak layan jugak kan,
kejam kan saya !! :(
lepas tu malam pulak,
sbnrnya saya tggu awak on9,
walaupun awak selalu on9 pukul 1am above,
tapi lepas saya nampak awak,
saya buat tak tahu jugak,
memang ego giler2la saya ni kan,
tapi awak plak tegur saya,
awak bg lagi smile ni ":P"
saya buat2 lambat balas lagi,
bila dah lama,
baru saya balas,
saya ckp kat awak,
"kejap ea , ramainyer IM dgn saya "
lepas tu awak balas sedih jek
"emmmmmm..."
tu jek awak reply,
awak tahu tak masa tu,
saya bukan buat apa pon, 
saya tak chat dengan sapa pon,
lepas tu bile dah lame lagi,
saya pon reply,
"hmm , kenapa tak tidur lagi ? "
awak pon balas,
"emmm xpe lah , nak tdor , byee "
bile saya baca saya rasa sebak
macam nak keluar air mata
mintak maaf awak
lepas tu saya tanya la balik
" dah nk tdo ? cepat nyer ? "
lepas tu awak tak reply plak
saya ckp la lagi
"dah nak tdo ke ? tak pe lah . bye
sweet dream .. "
lepas tu awak pon ckp "byeee "
saya terus off9
suram sangat malam tu 
saya sedih giler
sedih yang teramat2 sangat2
pukul 2.33am awak miskol saya
masa tu saya dah nak tidur
kesiannya awak
kenapa saya ni jahat sangat
kenapa saya ni ego sangat har ??
saya pon balas la miskol awak
lepas tu terus senyap .....
______________________________________________________________________
SWEAR.. saya RINDU sangat kat AWAK
MAAFKAN saya ye awak
saya SAYANG AWAK
tak da niat pon nak ABAIKAN awak
ni semua gara2 EGO saya .....
 I MISS YOU SO MUCH.......
created ::. shuk say te quiero .::