28 June 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum... :)

Salam Jumaat semua...

Hari ni merupakan jumaat terakhir dalam bulan Jun. Sepanjang bulan ni apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan? Sama-sama kita muhasabah diri.

Aku pon tak baik jugak, sebab tu lah kita dijadikan makhluk yang bernama manusia. Manusia yang dicipta untuk memperingati antara satu sama lain.

Kalau nak tahu, ustaz dan ustazah pon ada buat salah. Even imam pon terkadang tak lari dari kesalahan. Apa yang dikatakan salah dari sisi agama perlu ditegur dan nasihat.

Katakan sesorang pemimpin itu telah melakukan kesalahan yang melanggar hukum Allah, seorang yang miskin harta tapi kaya ilmu pon boleh menegur pemimpin itu.

Setidaknya kita menyedarkan seseorang itu. Bukan pangkat dan darjat yang menjadi ukuran untuk kita menegur dan ditegur. Tetapi kerana kita adalah hamba yang kerdil yang terkadang tersasar dari landasan.

Beberapa minggu sebelum sya'aban melabuh tirai, sama-samalah kita buat persediaan menyambut bulan mulia Ramadhan. Lebih kurang dua minggu sebelum nak berpuasa kan. Cepatnya masa berlalu. Huhu...

25 June 2013

Holiday

ehem.

Assalamualaikum...

Hai...lama dah tak update. Nak buat macam mana sebab kolej aku susah nak dapat internet. Kalau nak internet pon kene tunggu dekat luar atau pon duduk kat tingkap. err

Aku baru je lepas final exam. Alhamdulillah semua paper dah jawab. Ni tengah tunggu result lah ni. Then kalau result ok nak apply scholarship. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat.

Cuti ingatkan nak kerja, tapi kalau kerja sebulan je lah. Sebab lepas tu dh puasa. malas aku kerja time puasa.huhu...

So holiday ni adalah masa untuk bermalas-malasan dan untuk berjalan-jalan ke sana dan ke mari. Ni pon baru lepas balik dari tengok wayang cerita Monster University. Not bad lah. Cerita mat saleh ni best-best lah walaupon kadang-kadang ada yang tak logik. Nak di bandingkan dengan cerita melayu yang tak habis-habis dengan hantu bodoh tu. Sangat membazir duit untuk ke wayang. Biar lah nak kata aku kaya kan omputih pon. Dah cita melayu tak best. *Jangan marah aaa pengarah filem melayu, but its a fact :)

So, selamat membesarkan badan selama 3bulan. hehe