08 May 2011

Selamat Hari Ibu

Tanggal 8 Mei 2011




SELAMAT HARI IBU =)
Mak adalah segalanya. Terima kasih kerana menyayangi kami enam beradik . Hehe. Tapi orang kata sambut hari ibu adalah haram ? Haha . Tapi tunjang nawaitu kitakan nak menghargai jasa ibu . Haha . Sememangnya setiap hari adalah hari ibu cuma hari ini lebih special. Sebab jasa ibu sangat besar. Pengorbanannya dalam mendidik anak-anak, memang tidak ternilai jika nak dibandingkan dengan harta dunia. Namun ibu tidak mahukan apa-apa daripada seorang anak melainkan mengingati ibu,mengenang jasa ibu dan melihat kita sendiri bahagia.
Sayang MAK .

07 May 2011

Matrikulasi atau Diploma ?

Apakah? o.O



Matrikulasi ? Program Satu Tahun(PST) ? Mungkin akan pergi.
InsyaAllah. Lagi pon dekat . Senang parents aku nak melawat . Haha !
Anak manja. Biasalah .
>.<



Depa tak tau ka cheq ni maih dok kat selatan . Kenapa depa p letak cheq kat utara sana .
Cheq dari johor takkan nak p sana kuut . Awat jadi lagu ni... hanta cheq kat penang.
Udahloh nak p sana maih tol lagi, minyak lagi . Belum lagi yuran,duit belajaq lagi .
cheq sedih la...tp mak macam ok jek nak hantaq cheq p sana ..haish.. kusut !! =(


PENING !!!!!!!

06 May 2011

Attention ! Bad Mood In Progress !!!

05/05/2011 . Tak da mood.Semua aku hangin.Rasa nak mencarut jek.Ok tu jek nak bagi tahu . >.<




02 May 2011

Ketika Aku Menulis



Tatkala metacarpal dan carpal ini ,
mengenakan receptor pada keyboard ,
Ketika inilah, luahan hati bermula .
Hati kecilku menjerit menzahirkan kesakitan,
Setiap kali blood cappilary kuat berusaha
mencari oksigen untukku bernafas,
saat itu jugalah cereberum ku kencang
mencari konklusi kehidupan.
Kehidupan yang banyak liku.
Tidak kuat lagi metatarsal menanggung perjalanan penuh duri .
Semangat ! Itulah yang membangkit jasadku,
Supaya keluar dari kegelapan,
Mencari sebuah kawasan terang,indah lagi cantik
bagai taman-taman di syurga.
Di situ terdapatnya anther dan stigma
yang menghasilkan generasi bunga cantik
untuk tatapan sang rama-rama.
Bukannya kawasan yang dipenuhi pneumatophor,
yang mencucuk-cucuk mengoyakkan artery.

******
Ketika diri ini dipuncak,
Janganlah diri ini lupa untuk pandang bawah.
Kerana di situ terdapat garis-garis hidup
yang diri ini lakar.
Agar tidak lagi jatuh kelak.


*dah . Aku tak tahu nak tulis ape . Ni pon main hentam jek. Saje nak test BM aku .
Berkarat ke tak . HAHA ! *