18 December 2011

Arwah Abang Ipar

dah lama kot . aku ni memang suka post bende yang dah lama . aku post pon sebab aku termimpi dia lately . aku mimpi dia bermesra dengan anak-anak dia. Orang lain tak nampak kehadiran dia. cuma anak-anak dia je. mimpi . Norusani Bin Othman . aku panggil abang sani . tu lah abang ipar aku . dia bijak . pandai . dia jurutera .dia hormat mak bapak dia . dia sangat bersederhana . kakak aku cerita masa dia belajar dia tak pernah susahkan parents dia . sampai lah dia graduate . baiknya dia . masa dia belajar . dia susah nak mintak duit parents dia . tak macam aku . aku ni sikit-sikit nak duit . makan nak yang sedap jek . baju nak mahal . nak banyak . dalam almari ni dah tak muat . almari kat kolej ni dah sempit . belum lagi kat rumah tu . nampak lah beza . arwah dulu ditawarkan untuk jadi manager. manager kat tempat dia kerja lah . aku pon tak tau sangat . tapi sayang . bukan rezeki dia . dia dah pergi dulu . pergi menghadap Illahi . Allah lebih sayangkan arwah . suatu pagi ada call . aku angkat . suara orang call tu rushing suruh panggil mak . mak jawab . mak terkejut . aku pon . abang aku pon . semua pon terkejut . manik jernih jatuh kat pipi aku . semakin deras . teresak sampai tak tahan . buntu . hanya tangisan yang memecah sunyi masa tu . Abang dgn kakak aku kemalangan sewaktu pulang dari kampung ke rumah dia . dah nak sampai kot kat rumah dia . tapi dah itu yang Dia mahukan . redha je lah . rupanya itu maksudnya . dia senyap jek masa jumpa mak aku malam sebelum dia balik . mak aku perasan . sebab abang aku asek tenung jek . senyap tak berkata . tak seperti dulu . sedih nya . bagaikan mimpi . mimpi tak diduga . sukar untuk terima . namun pahit itu harus ditelan . untuk kami sekeluarga kedua belah pihak . sekeluarga pergi ke hospital mersing . sepanjang perjalanan mak bacakan yasiin . ditemani aku dan kakak atas aku . teresak sayu . sampai dihospital mersing . menangis nampak kakak aku . bagai tak percaya ini berlaku . hanya menangis . entah kenapa tak nak nak berhenti menangis. sebak . pergi ke bilik anak sedara aku . diorang berdua . senyap membatu baring di katil . diorang sangat terkejut . mak aku dukung anak sedara aku yang sorang. bila di letak . dakapan erat sakit dapat aku rasakan . dia tak nak lepas kan mak aku . kesian aku tengok . dah lah anak perempuan dia selalu manja dgn ayah dia. anak sedara yang lelaki luka cedera . jahit di kaki dan kepala. yang perempuan selamat . tak ada apa cedera langsung .biasalah budak kecik tak ada dosa kan . Allah tolong . cuma dia demam . mungkin terkejut . Arwah selamat dikebumikan . meninggalkan seorang isteri(kakak kandung aku) dan dua anak . seorang lelaki seorang perempuan . aku hanya kesian . dengan anak-anak dia . belum dewasa . dah tiada bapa . tak sempat arwah tengok dia orang bersekolah . aku cuma teringat kan arwah bila dia baca komik doraemon aku . then dia gelak . itu kelakar . kenapa aku baca aku tak gelak . ok aku tak ada perasaan .




NORUSANI BIN OTHMAN meninggal pada tahun 2004

Al-fatihah~

15 December 2011

Result Result Result !!

OK result keluar dah lama . Tapi hari ni baru sempat nak post kat blog. Result keluar bila yek . emm hari isnin 5hb 12 2011 . Oh tak . tu masa pengarah ambik . dapat nya hari selasa 6hb . agak gementar disitu . aku tak boleh duduk diam dalam dewan kuliah asek fikir result yang tah berapa aku dpt tu . haihh . ok lah . pendekkan cerita . aku amek result pukul 5 eh tak pukul 4 lebih . Naik bangunan admin dgn lemah longlai . haha . hmmm lalu sana jek ade yang jerit . lalu sini pon ada yang jerit . agak result tu berpuaka ke ? o.O .. haha .. ok lah aku nk bagi tahu result aku ni tak berapa bagus . tak sehebat yang lain . aku just dapat 3.39 jek . haihh .. ok aku taip ni aku menangis . result tu sangat sikit . aku bukan tak bersyukur . tapi itu teruk . aku ni .. e teruk lah .memang teruk . main jek . sedih nya !!!! rasa macam . haihh ..tak tau nk kata apa kat diri aku ni . bukan susah mana pon .  Walaupon aku tau ada yang lagi sikit dari aku . tapi ... dah lah . sedih ni . bye ..