12 January 2013

Luahan Batin

Tergerak hati untuk meluah kepada alam maya berbanding mereka yang ada di dunia nyata. Kalau aku bagitahu yang aku nak berhenti belajar, apa yang mereka akan lakukan hanya lah nasihat dan terus nasihat supaya tidak mengalah.

Ye, aku terasa nak berhenti belajar. Aku bosan belajar. Aku hilang semangat. Aku tertekan dengan apa yang aku lakukan ni terasa sia-sia. Aku tak bersungguh belajar. Aku tau itu semua salah aku. Aku harap ada yang faham. Tapi tak mungkin ada yang faham. Manusia mana yang tak ingin di mengerti. Aku faham kau, dan kau faham aku. Tapi aku jenis yang tak memahami.

Ceritanya bermula bila sedang aku basuh baju sehingga aku tak sedar apa yang aku buat kerana kusutan masalah semakin berselirat dan bukannya semakin terlerai. Otak terus fikir dan berfikir. Hati pulak meronta kebengangan melulu kepada keputusan berhenti belajar. Astaghfirullah... :(

Aku semakin tak mengenali diri aku. Aku dulu bukan macam ni. Dulu aku tertekan dengan belajar, tapi masih lagi gigih untuk mentelaah ilmu di tengah malamnya. Tapi sekarang, hanya diri aku yang satu lagi sahaja yang mengenal diri binasa ini. Di mana aku yang dulu.

Keputusan yang tak pasti ini membuat aku menangis tapi tak dizahirkan sebab tak boleh. Aku tak tahu kenapa? Aku nak menangis. Tapi tak boleh ! Aku putus asa.

Adakah niat aku yang terpesong memandu aku ke arah kebingungan? Niat bukan untuk ilmu, tapi untuk dapatkan nilai perpuluhan 4rata dalam pelajaran.

Aku cuma berharap yang Allah membantu hambanya yang ingkar ini dalam segala hal. Semoga dipermudahkan segalanya. Aku lemah. Aku hilang harapan. Aku putus asa. Aku harap dengan sekelumit tanggungjawab terhadap diri, dapat aku terus melangkah ke hadapan. In sha Allah






No comments:

Post a Comment