14 January 2013

Kawan? atau Seorang ?

Asal hati tak gembira je, aku lebih suka bercakap dengan blog aku. Biasalah hidup sorang-sorang dekat universiti. Tak de lah sorang-sorang langsung. Cuma, tak ada kawan yang boleh di ajak sesama meluah.

Seorang diri. Aku dah biasa. Aku dah biasa. Aku tak biasa. Aku tipu diri sendiri. Aku tak biasa sorang-sorang. Sebab aku penakut. Sebab tu lah tak biasa. Mungkin ini lah kehidupan dekat universiti yang aku kene lalui. Berbeza dengan waktu zaman persekolahan dulu.

Kalau dulu, masa zaman sekolah, aku ramai je kawan tak kira aku susah, aku senang, aku suka, aku marah, aku merajuk, aku sentap, mereka ada je. Sampai sekarang masih berhubung lagi. Masih lagi ber-SMS. Cuma tak selalu. Biasalah, masing-masing sibuk dengan bidang masing-masing. Tapi bila cuti, mesti akan jumpa, mesti keluar jalan sama-sama. Kalau jumpa tu, memang banyak lah ceritanya, memang satu hari tak akan habis nak bercerita. Sampai sekarang bertepuk tampar. Kan bagus kalau mereka pon satu universiti dengan aku. Kenapalah susah sangat nak dapat kawan macam tu dekat U ni.

Tapi alam menara gading ni memang berbeza sangat. Nak cari kawan yang sentiasa makan bersama pon susah. Tapi kawan yang nak pergi makan bersama bila dia berseorang tu ramai je. Apatah lagi nak cari kawan yang betul-betul boleh dipanggil kawan.

Dekat universiti ni kene pandai berdikari. Kalau tak, memang akan sentiasa 'down'. Kene kuat. Sebab perangai mereka berbagai-bagai. Ada yang kawan untuk ambil kesempatan, ada yang kawan bila susah baru dia cari kita, ada yang tak nak kawan langsung pon ada. Aku dah jumpa kawan macam tu semua. Tapi aku tak kisah. Selagi benda tu mendatangkan kebaikan pada mereka, aku jadi lah kawan mereka. Kalau mereka dah tak perlukan aku pon tak ape.

Memang tak dapat nak dinafikan, aku sedang melalui perkara itu. Kawan bila ketawa memang ramai, memang sekeliling kita. Tapi bila aku ada masalah, siapa je yang pandang? Sebab tu lah kadang-kadang aku berseorangan. Lebih aman bila seorang diri. Diri yang memujuk hati ini supaya bersabar.

Tapi aku masih lagi mencari-cari kawan yang sentiasa menghulur tangan bila aku jatuh. Kawan yang sentiasa membantu. Kawan yang sentiasa berkongsi nota walau tak diminta. Macam dekat matrik dulu lah. Mereka akan siapkan nota untuk satu kelas, tak kira lah ada yang dh ada, ada yang tak minta, mereka akan photostat untuk semua. Sebab mereka tahu, dan aku pon tahu, apa lah maknanya kalau berjaya sorang-sorang tanpa kawan kita.

Tapi dekat U ni tak payah cakaplah, dah minta pon tapi masih buat tak tahu. Budak satu kelas yang satu rumah dengan aku pon tak kongsi 'hint' untuk final exam. Sedih rasanya. Biarlah. Aku kene biasakan. Kene biasakan keadaan itu. =)

Sometimes, I like to be alone, with my thought =)

2 comments: