27 December 2012

Alahai Dewasa

kerana semakin dewasa, semakin banyak benda aku tahu,
kerana benda yang aku tahu lah aku terus melakukan dosa.
huh memusnahkan bukan ?

kalau aku tahu begini, seawal kelahiran lagi aku ingin memohon kepada Allah
memohon apa ?
memohon supaya aku MATI ketika itu.
macam anak sedara aku baru-baru ni
untung dia, dah sampai syurga =)
tapi semua takdir yang dah tertulis
mana boleh halang kan

terkadang fikir juga, kenapa perlu dewasa?
kalau boleh nak jadi kanak-kanak
yang tahu bergembira dan berseronok
tak ada masalah
"mak nak susu!" *sambil bawa botol susu kat mak.hehe
"mak nak keluar pegi rumah wan"*sambil tergopoh pakai selipar jepun tu
huh gembira bukan ?

tapi sekarang lain
lain lah. iye lah lain. Apa yang lain?
itu lah. kene fikir masalah. kene selesaikan
kalau masalah itu boleh di delete kemudian empty recycle bin kan mudah
terus hilang masalah
tapi aku hidup bukan dalam dunia digital.hmm

semakin dewasa lagaknya matang
kalau matang kenapa bergelumang dosa?
kan dah matang, tahu lah beza mana baik mana buruk
itulah manusia bodoh sombong
sudahlah bodoh, eh sombong pulak tu
padahal yang dibanggakan adalah dosa
itulah dunia dewasa

macam aku cakap
baiknya kita jadi anak kecil
yang bermain, ketawa
nak risau apa? tak ada masalah pon

hei hamba kerdil
lebih baik mati, dari terus mengotorkan bumi tuhan
bumi ni untuk dimakmurkan, bukan di gembur dosa
***************************************
Allah itu maha bijaksana, Dia penyayang
sebab Dia bagi akal. waras!
gunalah anugerah tu, untuk berfikir
fikir macam mana nak selesaikan masalah
sebab tu salah satu rasional kita dewasa
takkan bagi akal tak nak guna
sebab dewasa lah praktikal nya
alahai dewasa !

*hati kecil marah*
hey, kenapa sibuk bermadah?
kau ada akal kan? kau tahu sekarang maghrib
bila nak solat? nak tunggu esok kiamat?
itu pon kalau kau tahu esok kiamat!
*memang marah betul hati ni*

terkurang sedikit gundah hati lepas bermadah di blog ni =)
sekurang-kurangnya kau tak bosan bila aku meluah
nak mengharap manusia, mereka ada perasaan
memang mereka mendengar masalah kita, dalam hati?
mungkin berbicara kencang "bila kau nak habis bebel ni"
maaf kalau anggapan aku ni salah,
apa pon,terima kasih pencipta teknologi, mungkin nasib kita sama
sebab itu kau cipta kemudahan ni kan ? =)



3 comments:

  1. betol...sepatotnya bila makin dewasa kita tahu apa itu dosa..tapi kita tetap melakukannya..errmm..

    ReplyDelete