28 June 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum... :)

Salam Jumaat semua...

Hari ni merupakan jumaat terakhir dalam bulan Jun. Sepanjang bulan ni apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan? Sama-sama kita muhasabah diri.

Aku pon tak baik jugak, sebab tu lah kita dijadikan makhluk yang bernama manusia. Manusia yang dicipta untuk memperingati antara satu sama lain.

Kalau nak tahu, ustaz dan ustazah pon ada buat salah. Even imam pon terkadang tak lari dari kesalahan. Apa yang dikatakan salah dari sisi agama perlu ditegur dan nasihat.

Katakan sesorang pemimpin itu telah melakukan kesalahan yang melanggar hukum Allah, seorang yang miskin harta tapi kaya ilmu pon boleh menegur pemimpin itu.

Setidaknya kita menyedarkan seseorang itu. Bukan pangkat dan darjat yang menjadi ukuran untuk kita menegur dan ditegur. Tetapi kerana kita adalah hamba yang kerdil yang terkadang tersasar dari landasan.

Beberapa minggu sebelum sya'aban melabuh tirai, sama-samalah kita buat persediaan menyambut bulan mulia Ramadhan. Lebih kurang dua minggu sebelum nak berpuasa kan. Cepatnya masa berlalu. Huhu...

1 comment:

  1. I am really enjoying reading your well written articles. It looks like you spend a lot of effort and time on your blog. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work.
    PMP Certification

    ReplyDelete