07 July 2013

Ke Kebun

Assalamualaikum manusia maya :)

Hari ni tah ape mimpi aku bangun awal. eheh. Kantoi selalu bangun lambat =P

Bangun cuci muka then makan nasi goreng yang mak buat. Tiba-tiba tengah makan mak nak ke kebun. Jadi aku pon excited lah nak ikut. Sebab dah lama tak ke kebun. Lama jugak la sejak pokok getah dah ditebang. Sekarang ganti dengan kelapa sawit.

Mak naik moto dengan abah. Aku naik moto dengan akak aku. Vroom vroom =D

Tadaaa...pemandangannya. agak semak sikit. Actually semak banyak =D

Ada pokok tebu abah tanam. Kalau nak makan tebu,amik je kat kebun =P


Ni pokok nenas. Tapi belum ada buah lagi. hehe  


Anak pisang. Ni pucuk nya...


Jantung Pisang


Taraaa...Ni pisang nangka. Hmm muda lagi ni. huhu


Haa ni lah buah sawitnya. Ni kecik lagi. Kalau dh besar baru lah nampak biji-biji dia


Mak. Tengok ape ntah. haha


Yang ni embun pagi. Pukul 9 pon still ada embun lagi. =)


Ni bunga apa ntah. Aku saja je snap. Hobby aku kan =)


Semut Hitam. Mencari rezeki di pokok tebu =)


Nothing. Just pokok yang tumbuh meliar. ceh =P


Sky no limit. Sama juga seperti usaha kita untuk mencapai cita-cita. Takkan pernah berputus asa, Cewah bermadah pulak -.-



ok lah, tu je nak upload. Nak bgtahu yang aku ke kebun =P

06 July 2013

Pray For Syria

Assalamualaikum... :)


Tinggal 4hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan bulan penuh berkat. Dah sedia ke nak kawal nafsu? Hmm...ckp pasal puasa, mcm mana lah keadaan saudara Islam kita kat Syria kan? Mcm mana diorang puasa nanti...



Cerita kat syria yang mana kerajaan mereka sekarang di pimpin oleh puak Syiah yang mana anti sunni(ahli sunnah wal jamaah)

Apa kaitan n mesir adalah pemimpin yg kene gulingkan sekarang adalah mampu nak bela negara tetindas macam syria n palestin. Pemimpinnya adalah Dr Muhamad Mursi. Beliau dilantik melalui demokrasi macam pru kat Malaysia lah. Setahun je bertahan (dia menang plihanraya tahun lepas). Dia tu mewakili ikhwanul muslimin.

Dia tu pemimpin Islam yg sgt bagus. Dunia Islam mengharapkan dia dpat membela syria dan palestin suatu hari nanti.

Dekat Syria kan sekarang diperintah syiah Bashar Al-Assad. Tu yang ada kene sembelih bagai. Kejam !!! Diorang tak bersalah. Takpe. Diorang tetap syahid :(


Sekarang syiah dah ada kat malaysia. Cuma beza syiah kat syria ialah kat sana dh berlaku pertumpahan darah. Malaysia? Apa tindakan kerajaan Malaysia untuk hapuskan golongan sesat ni? Nak tunggu sampai negara kucar-kacir baru nak ambil tindakan? Masa tu dah terlambat :(

Syiah dan sunni disuruh bersatu? Syiah sesat, tak boleh bersatu. Nanti ada yang lagi menyimpang dari agama.
Lagi satu, pasal tv3 yang tanpa was-was melaporkan berita palsu tentang dr morsyi. Berapa juta dollar yang tv3 dpt untuk sebarkan fitnah ni dekat Malaysia ? Bende ni lah yang buat ramai marah dan minta TV3 minta maaf and tarik balik report tu. BOIKOT TV3 ! 

Kalau bab gosip, sanggup pulak TV3 ni pergi terjah artis itu ini nak tahu perkara benar. Bab-bab sedara islam? Hampeh...

Fitnah besar-dunia islam-suatu hari Islam bangkit, tau-tau lah kita. Kiamat. Wallahualam...

Sori la cerita aku terabur. Aku taip ikut apa yang terlintas kat kepala 

PRAY FOR SYRIA. PRAY FOR MUSLIMS.

28 June 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum... :)

Salam Jumaat semua...

Hari ni merupakan jumaat terakhir dalam bulan Jun. Sepanjang bulan ni apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan? Sama-sama kita muhasabah diri.

Aku pon tak baik jugak, sebab tu lah kita dijadikan makhluk yang bernama manusia. Manusia yang dicipta untuk memperingati antara satu sama lain.

Kalau nak tahu, ustaz dan ustazah pon ada buat salah. Even imam pon terkadang tak lari dari kesalahan. Apa yang dikatakan salah dari sisi agama perlu ditegur dan nasihat.

Katakan sesorang pemimpin itu telah melakukan kesalahan yang melanggar hukum Allah, seorang yang miskin harta tapi kaya ilmu pon boleh menegur pemimpin itu.

Setidaknya kita menyedarkan seseorang itu. Bukan pangkat dan darjat yang menjadi ukuran untuk kita menegur dan ditegur. Tetapi kerana kita adalah hamba yang kerdil yang terkadang tersasar dari landasan.

Beberapa minggu sebelum sya'aban melabuh tirai, sama-samalah kita buat persediaan menyambut bulan mulia Ramadhan. Lebih kurang dua minggu sebelum nak berpuasa kan. Cepatnya masa berlalu. Huhu...

25 June 2013

Holiday

ehem.

Assalamualaikum...

Hai...lama dah tak update. Nak buat macam mana sebab kolej aku susah nak dapat internet. Kalau nak internet pon kene tunggu dekat luar atau pon duduk kat tingkap. err

Aku baru je lepas final exam. Alhamdulillah semua paper dah jawab. Ni tengah tunggu result lah ni. Then kalau result ok nak apply scholarship. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat.

Cuti ingatkan nak kerja, tapi kalau kerja sebulan je lah. Sebab lepas tu dh puasa. malas aku kerja time puasa.huhu...

So holiday ni adalah masa untuk bermalas-malasan dan untuk berjalan-jalan ke sana dan ke mari. Ni pon baru lepas balik dari tengok wayang cerita Monster University. Not bad lah. Cerita mat saleh ni best-best lah walaupon kadang-kadang ada yang tak logik. Nak di bandingkan dengan cerita melayu yang tak habis-habis dengan hantu bodoh tu. Sangat membazir duit untuk ke wayang. Biar lah nak kata aku kaya kan omputih pon. Dah cita melayu tak best. *Jangan marah aaa pengarah filem melayu, but its a fact :)

So, selamat membesarkan badan selama 3bulan. hehe


18 January 2013

Semester Break (sem I)

Alhamdulillah all praises to Him. I had finished for semester 1 and now is the time for vacation! Horeyy!! Actually last Wednesday on 16Jan13 is the last paper for semester 1 and end with the disappointed because last paper is doesn't seem like...err...I'm not satisfied and like errr..never mind..at least it was over.* sarcastic statement* lol.

Habis je paper, balik bilik terus kemas-kemas barang sebab esoknya I'm 'bout to leave Perwira. Oyeah! And now, erghh I don't have any idea to write. 


This is the normal situation throughout semester. yeah messy -_-' but yeah normal  




Keadaan extension that can cause blackout for the whole building. lol

Cleaned room. Actually just living room

Tak tahu lah si Nazamil nak bawa ke mana meja tu

and now we can say that we're live in the house -_-' perhh bersih untuk first and last time

After swipe all the rubbish and the things. No other work unless I overslept after that. =P

Malam tu pulak tak ada apa nak buat, jadi roomate ajak lah berjalan-jalan nak pergi makan satay. Lepas bersiap, pukul 8pm tu terus ke BP mall. Main bowling. Hell, the last time I played when i was in form 5 and now is the awkward time -_-. But it's okay, I had fun and enjoy the moment. cehhh

Oh well, after then, my stomach start to sing. Oh starving that time. Pergi makan dekat mana eak. Lupa lah. I'm not short memory but serious I forgot. Crazy maybe? -_-

I ate mee goreng basah and for sure we had satayyyyy !!! Satay kambing, ayam and lembu. Memang sedap and puas hati lah. Thums up (Y)

Then came back to Perwira, and like usual tak tahu lah nak buat apa. Nak berkemas, dah siap kemas. So I pergi cyber cafe and download drama bersiri. The best ever story =P . I watched fear factor selebriti Malaysia and macam-macam lah buat dekat CC tu.

Almost dawn, then balik bilik. Ingat tak nak tidur, tapi penat lah, tidur je la .=P

Then tomorrow morning my mom arrived soooooo early at 8am ! For those who know me will bet that I did not wake up yet and the assumption is yes, I didn't wake up. -_-

My mom called and I was like.... OMG! Rush baby!! Hurry up !!! ok my mom start bubbling. Ok mak ok mak. Kejap laaaahh . haha. Tu lah, tak nak tidur sangat kan. Serve me right !

Then after pulang kunci and bersalam dengan roomate, terus balik heading to segamat. Alhamdulillah sampai dengan selamat.

And now dekat rumah, tak tahu nak buat apa, tgk movie yang telah dicopy from housemate. Yeahhh. So no class, no annoying assignment, no worry. =P









14 January 2013

Kawan? atau Seorang ?

Asal hati tak gembira je, aku lebih suka bercakap dengan blog aku. Biasalah hidup sorang-sorang dekat universiti. Tak de lah sorang-sorang langsung. Cuma, tak ada kawan yang boleh di ajak sesama meluah.

Seorang diri. Aku dah biasa. Aku dah biasa. Aku tak biasa. Aku tipu diri sendiri. Aku tak biasa sorang-sorang. Sebab aku penakut. Sebab tu lah tak biasa. Mungkin ini lah kehidupan dekat universiti yang aku kene lalui. Berbeza dengan waktu zaman persekolahan dulu.

Kalau dulu, masa zaman sekolah, aku ramai je kawan tak kira aku susah, aku senang, aku suka, aku marah, aku merajuk, aku sentap, mereka ada je. Sampai sekarang masih berhubung lagi. Masih lagi ber-SMS. Cuma tak selalu. Biasalah, masing-masing sibuk dengan bidang masing-masing. Tapi bila cuti, mesti akan jumpa, mesti keluar jalan sama-sama. Kalau jumpa tu, memang banyak lah ceritanya, memang satu hari tak akan habis nak bercerita. Sampai sekarang bertepuk tampar. Kan bagus kalau mereka pon satu universiti dengan aku. Kenapalah susah sangat nak dapat kawan macam tu dekat U ni.

Tapi alam menara gading ni memang berbeza sangat. Nak cari kawan yang sentiasa makan bersama pon susah. Tapi kawan yang nak pergi makan bersama bila dia berseorang tu ramai je. Apatah lagi nak cari kawan yang betul-betul boleh dipanggil kawan.

Dekat universiti ni kene pandai berdikari. Kalau tak, memang akan sentiasa 'down'. Kene kuat. Sebab perangai mereka berbagai-bagai. Ada yang kawan untuk ambil kesempatan, ada yang kawan bila susah baru dia cari kita, ada yang tak nak kawan langsung pon ada. Aku dah jumpa kawan macam tu semua. Tapi aku tak kisah. Selagi benda tu mendatangkan kebaikan pada mereka, aku jadi lah kawan mereka. Kalau mereka dah tak perlukan aku pon tak ape.

Memang tak dapat nak dinafikan, aku sedang melalui perkara itu. Kawan bila ketawa memang ramai, memang sekeliling kita. Tapi bila aku ada masalah, siapa je yang pandang? Sebab tu lah kadang-kadang aku berseorangan. Lebih aman bila seorang diri. Diri yang memujuk hati ini supaya bersabar.

Tapi aku masih lagi mencari-cari kawan yang sentiasa menghulur tangan bila aku jatuh. Kawan yang sentiasa membantu. Kawan yang sentiasa berkongsi nota walau tak diminta. Macam dekat matrik dulu lah. Mereka akan siapkan nota untuk satu kelas, tak kira lah ada yang dh ada, ada yang tak minta, mereka akan photostat untuk semua. Sebab mereka tahu, dan aku pon tahu, apa lah maknanya kalau berjaya sorang-sorang tanpa kawan kita.

Tapi dekat U ni tak payah cakaplah, dah minta pon tapi masih buat tak tahu. Budak satu kelas yang satu rumah dengan aku pon tak kongsi 'hint' untuk final exam. Sedih rasanya. Biarlah. Aku kene biasakan. Kene biasakan keadaan itu. =)

Sometimes, I like to be alone, with my thought =)

12 January 2013

Luahan Batin

Tergerak hati untuk meluah kepada alam maya berbanding mereka yang ada di dunia nyata. Kalau aku bagitahu yang aku nak berhenti belajar, apa yang mereka akan lakukan hanya lah nasihat dan terus nasihat supaya tidak mengalah.

Ye, aku terasa nak berhenti belajar. Aku bosan belajar. Aku hilang semangat. Aku tertekan dengan apa yang aku lakukan ni terasa sia-sia. Aku tak bersungguh belajar. Aku tau itu semua salah aku. Aku harap ada yang faham. Tapi tak mungkin ada yang faham. Manusia mana yang tak ingin di mengerti. Aku faham kau, dan kau faham aku. Tapi aku jenis yang tak memahami.

Ceritanya bermula bila sedang aku basuh baju sehingga aku tak sedar apa yang aku buat kerana kusutan masalah semakin berselirat dan bukannya semakin terlerai. Otak terus fikir dan berfikir. Hati pulak meronta kebengangan melulu kepada keputusan berhenti belajar. Astaghfirullah... :(

Aku semakin tak mengenali diri aku. Aku dulu bukan macam ni. Dulu aku tertekan dengan belajar, tapi masih lagi gigih untuk mentelaah ilmu di tengah malamnya. Tapi sekarang, hanya diri aku yang satu lagi sahaja yang mengenal diri binasa ini. Di mana aku yang dulu.

Keputusan yang tak pasti ini membuat aku menangis tapi tak dizahirkan sebab tak boleh. Aku tak tahu kenapa? Aku nak menangis. Tapi tak boleh ! Aku putus asa.

Adakah niat aku yang terpesong memandu aku ke arah kebingungan? Niat bukan untuk ilmu, tapi untuk dapatkan nilai perpuluhan 4rata dalam pelajaran.

Aku cuma berharap yang Allah membantu hambanya yang ingkar ini dalam segala hal. Semoga dipermudahkan segalanya. Aku lemah. Aku hilang harapan. Aku putus asa. Aku harap dengan sekelumit tanggungjawab terhadap diri, dapat aku terus melangkah ke hadapan. In sha Allah






27 December 2012

Alahai Dewasa

kerana semakin dewasa, semakin banyak benda aku tahu,
kerana benda yang aku tahu lah aku terus melakukan dosa.
huh memusnahkan bukan ?

kalau aku tahu begini, seawal kelahiran lagi aku ingin memohon kepada Allah
memohon apa ?
memohon supaya aku MATI ketika itu.
macam anak sedara aku baru-baru ni
untung dia, dah sampai syurga =)
tapi semua takdir yang dah tertulis
mana boleh halang kan

terkadang fikir juga, kenapa perlu dewasa?
kalau boleh nak jadi kanak-kanak
yang tahu bergembira dan berseronok
tak ada masalah
"mak nak susu!" *sambil bawa botol susu kat mak.hehe
"mak nak keluar pegi rumah wan"*sambil tergopoh pakai selipar jepun tu
huh gembira bukan ?

tapi sekarang lain
lain lah. iye lah lain. Apa yang lain?
itu lah. kene fikir masalah. kene selesaikan
kalau masalah itu boleh di delete kemudian empty recycle bin kan mudah
terus hilang masalah
tapi aku hidup bukan dalam dunia digital.hmm

semakin dewasa lagaknya matang
kalau matang kenapa bergelumang dosa?
kan dah matang, tahu lah beza mana baik mana buruk
itulah manusia bodoh sombong
sudahlah bodoh, eh sombong pulak tu
padahal yang dibanggakan adalah dosa
itulah dunia dewasa

macam aku cakap
baiknya kita jadi anak kecil
yang bermain, ketawa
nak risau apa? tak ada masalah pon

hei hamba kerdil
lebih baik mati, dari terus mengotorkan bumi tuhan
bumi ni untuk dimakmurkan, bukan di gembur dosa
***************************************
Allah itu maha bijaksana, Dia penyayang
sebab Dia bagi akal. waras!
gunalah anugerah tu, untuk berfikir
fikir macam mana nak selesaikan masalah
sebab tu salah satu rasional kita dewasa
takkan bagi akal tak nak guna
sebab dewasa lah praktikal nya
alahai dewasa !

*hati kecil marah*
hey, kenapa sibuk bermadah?
kau ada akal kan? kau tahu sekarang maghrib
bila nak solat? nak tunggu esok kiamat?
itu pon kalau kau tahu esok kiamat!
*memang marah betul hati ni*

terkurang sedikit gundah hati lepas bermadah di blog ni =)
sekurang-kurangnya kau tak bosan bila aku meluah
nak mengharap manusia, mereka ada perasaan
memang mereka mendengar masalah kita, dalam hati?
mungkin berbicara kencang "bila kau nak habis bebel ni"
maaf kalau anggapan aku ni salah,
apa pon,terima kasih pencipta teknologi, mungkin nasib kita sama
sebab itu kau cipta kemudahan ni kan ? =)



22 December 2012

Gunung Berlumut ! Here We Go !

Assalam Alaik...

Tatkala phalanges menyentuh keyboard, tatkala itu aku ingin menaip. AHAHAHAHA! Hey3! Got new story ? Of course yes baby! Haaa yesterday (20.12.2012) debate club members had fun at Gunung Berlumut, Kluang. That was soooo awesome day I ever had with my new acquaintance since in UTHM. I don't wanna join at first because somebody mad when I go there. Katanya risau keselamatan, lagi pon cuaca asyik hujan. Dia pulak just met with an accident, tu yang tak bagi ikut. Tak dulik! Ikut jugak. HAHA! Promised to clump together at 8am, lastly bertolak pukul 10 jugak. Apalah mereka ni -_-. The journey takes about an hour and arrived about 11am something. Terus cari port yang strategik untuk mandi. Oyeaaahh~~
Sampai je tempat terus setting api untuk buat bbq.

Setting fire in the middle of jungle

I did't put my hip yet, Hijrah and Santung already in water. Excited betul nak mandi kan. I changed my jeans and directly ruuuuun to the cold water. It's a beautiful because the clean water allowed me to see the depth of the waterfall. And I thought it was shallow,tapi sangat dalam. Woaaahh~

Ok2 now waktu makan. Urgh! I'm waiting for my drumstick for an age. Bila nak masak! Lama kot. Diorang dah dapat makan tinggal tulang, tggal aku je tak makan.*sadlife*.


Bakar ayam hotdog bebola=yummy

Si Aman siap bawak nasi lemak beli kat perwira.Tengok tu ! Sorang pula tu.haih

Handmade sandwich ! Ish si Asraf makanan dalam mulut tak habis, nak posing mcm tu !


After full filled 'stomach desire',kami pon mandi lah.weeee~~

The flow, the sound of waterfall with chirping of birds, sound of ladybug,is the real music of life.
Feel the calm, feel the comfort...what a beautiful of His creation...

Anak sabah tunjuk bakat. Ini lah santung !

Commercial break face ! Hot mak hayam

Duyung berehat =P


Oit. Buang ayak besaq ka ? lol. Btw this is my senior. Rashid ! HAHA

Antara duyung lain yang di jumpai tersadai di batu. lalaa

Hewhew. Agak dah kenapa dengan aku tu ? -_-

Nak terjun tak terjun2 kan. HAHA

Ok dah, puas dah kami mandi. Kene balik. We had to =(..sebab belum solat zohor! Bila dengar je balik, aku cepat2 masuk balik dalam air. Sebab tak puas.HAHA!!

Selepas siap2 salin baju solat semua. Kami yang lelaki ni pon menunggu dayang2 untuk bersiap. Lama k! ergh entah apa yang mereka buat pon tak tahu la. While waiting for them to put on wig or makeup or whatever, we put all the things on the table and we're left like that. Apa lagi ada sekumpulan monyet datang curi sardin! So lucky they were not stole our begs. Kalau tak mati laaaa. Such a poor thing sebab sardin yang dicuri tu jatuh tumpah macam tu je and monyet tu buat muka sedih. Memang betul2 kesian laah. Last2 si Aman bagi ayam bbq td. Tu lah, ambil tak minta izin lagi kan! Ha kan dah rugi. Membazir k membazir.*nasihat untuk monyet*!

Time to go =( .. Before leave Gunung Berlumut, kami sempat berposing....oyeaahhh~~
Pintu masuk !

Aku terasa vogue di situ! ahaha=P


Hambik kau! Berkepit kau Asraf. HAHA
1..2..3 jump !!!
So happy =)

Kemudian kami bertolak pulang dalam pukul 4pm. Jalan2 ke Kluang Mall sekejap. Then pukul 7 balik ke UTHM..sampai Parit Raja, singgah makan di Fatin Seafood !

Makan dulu !!

Khusyuk si Aman ni makan! Tapi kenapa rambut aku buruk *bunuhdiri*

Hehhe. Ok lah byebye. See you soon for the next story ! Nak call my bucuk jap =P








05 December 2012

HE loves him more.

In the name of Allah, the most Almighty and Merciful.

I've got a text message from my sister "cik, kau tak balik ke? Anak aku dah tak de"

I was sleeping that time and just woke up after the phone rang early at 9 o'clock. I was shocked after read the content of the message. Terus je aku call mak, mak dah kat hospital and my mom was crying. Then aku decide untuk balik rumah. Mak kata abg nak amek, tapi terus tukar plan aku balik sendiri naik bas. Sebab abg maybe tak sempat. So aku naik bas dari Perwira Residential ke air hitam pukul 11am. Sampai sana pukul 12.30pm terus naik bas ke segamat. Sampai segamat pukul 3 then tggu bas untuk ke rumah pukul 4. So aku sampai rumah dalam pukul 5.

It was so sad because I couldn't see my nephew. Aku teringin nak cium budak kecik tu. Tapi tak de rezeki. Dia dah di kebumikan. =( . Dia meninggal sebab disahkan organ failure to function. Aku tak nak cerita lebih lah kenapa jadi macam tu =( . Bila dengar mak cerita, dia sempat bukak mata tengok kakak aku, tengok mak aku. Agak lama juga dia buka mata sebelum pergi. Mesti comel kan =') .Then dia sempat menguap.huhu comelnyaa =( . Tapi nak buat mcm mana. Allah lebih sayangkan dia. Dia dah ada kat dalam syurga =). Tinggal tunggu ibu dia je...




Sangat sedih tengok gambar dia kat atas ni. Kene cucuk sana sini sampai lebam-lebam. Nak menangis aku tengok =( . Kalau dia boleh menangis, mesti dah lama dia menangis. Tapi sayang, dari masa dia lahir dia tak pernah menangis =( . Sedihnya acik tgk awak =( . Lama-lama badannya semakin kembung. Sampai hari terakhir dia hidup =( . Akhirnya dia meninggal pukul 9.05am pada hari ahad (2hb. 12. 2012)


Gambar selepas di kafankan.


Sempat hidup hanya 17hari sahaja sebelum meninggal dunia ='(

AL-Fatihah untuk MUHAMMAD AZFARISLAM MIQHEIL BIN MOHD AROFI...





30 November 2012

CDM2121

CDM2121 stand for........look the banner below :D


23rd Nov 12
Assalam to the owner blog. On 23rd November past a week ago, debate club members were in University Teknologi PETRONAS for 5 days  Oh God, well I'm so excited being there. I don't know why. Maybe this is my first time joined debate club and about couple months I 'capable' be in the team. But as a reserved. HAHA! Bertolak jam 10 pagi dari UTHM dan sampai di bumi Perak kira-kira jam 6ptg.The long journey make me miss my bed and pillow so bad. PENAT! Then terus check in hostel stay for our night. Mereka yang ikut adalah Abang Awang, BG, Santung, Mirul, Aman, Pong, Adhwa, Azri, Nazri, Sawal, Asraf and oh my goodness, of course me. Please don't leave me behind ! HEHE!

Bila lah nak bergerak ni kan

peace ^^
Dalam perjalanan =)


I want to make it short. After 7 pm at the same day, we're requested to go to the hall..what hall I don't know to launch this program =D . But while waiting for the UTP bus, apa lagi. Capture the moment laaaa !! =P

Comel kan kami semua. lol=P


Nampak tak kesucian muka aku =P

Ohoi. Heading to the hall. Such a luxury bus....


Then we're prepared a great dinner I think. HEHE! We served a delicious food and ada kambing panggang lah weiii =D but I didn't eat it because I'm full already and just have a little taste. Itu pon kacau Nazri punya. hehe! Then have small show from local celebrities. ahhaaha !


Gambar selepas dinner ! =D

Cengkerik3~~



 Ok done for the first day! Balik bilik tidur !!!

Penat sangat ke ? Macam lah aku yang drive. Sape yang snap pon aku tak tahu. tapi baru aku tahu,rupa aku huduh bila tidur -_- zzz. Gudnight my dear :)



24th Nov 12
Second day, after grab some light meal, sidang pon bermula seawal jam 9 pagi.

Dato' Amirul bergambar bersama Dato' Aman  selepas bersidang
Eh tertidur laa . ahahaha :P

Dalam dewan rocall nak tunggu usul. Azri please don't do that kind of face -_-


Sempat lagi berposing !! Bajet macho la mirul ni =P

For UTHM A, mereka menang satu sidang di pusingan pertama sahaja. UTHM B menang dua sidang sahaja. After a day bersidang, we went to the KFC at night, but ate at kedai mamak.huhu. Discuss about the concept and prepare what necessary for tomorrow.

Tgk xxx lah tu dalam phone. Excidet betul si Asraf. Ish3

still snap the picture yet.huh ! waiting for the order for an age



After the discussion end with their own preparation, we were heading to the hostel nak rehat kan badan yang lesu.

25th Nov 12
For the next day, like usual, after breakfast and so on, sidang pon bermula. Kali ni UTHM A menang satu sidang jugak dan UTHM menang dua sidang juga. At night, we're went to the Carrefour or Tesco or I forgot -_- ..we're release tension. Aman dgn BG main game basketball then kitorang pulak tgk je . HAHA!

Tgk si Aman dgn BG beriya mainnya -_-'

Next Top Model. hahaha
Then after main-main, kami pon berbincang sekejap tentang preparation untuk esok but for team B only at Restaurant Lab Food.hehe. After that, kami berjalan-jalan kat dewan UTP where the place that we'll fight for move to the semi final =P

Style gambar ni . tapi gelap pula muka aku -_-

I like this pict as well bila tgk dalam phone nampak cantik. Aku yg snap, tp muka aku pula yang tak da -_-

Oh sangat lah gedik posing -_-

Cukuplah tu kami jadi kebudak-budakan. huhu. balik bilik tidur la apa lagi !!!

26th Nov 12

UTHM B dah confirm go to the quarters and this time, we fight with UKM and praise to Allah we did it so well. Kami berjaya untuk ke semi final. Alhamdulillah. Heartbeat pounding masa tunggu result. Huhu

For semi final, we fight with USIM B  I think, but the victory was not meant for us. USIM menang. We stop only at semi final. But its ok, keep it up UTHM. We can do another chance =D

And finally come to the final. USIM fight with UiTM and the winner goes to UiTM. Congratulation for them. Big hand for them. =D . Mereka memang hebat. I admit it.

We're back with not an empty hand. Kami dapat piala persendirian untuk di bawa pulang sebab sampai ke simi final.

Ini lah hasil perjuangan kami sehingga mara ke pringkat separuh akhir.
Pencapaian yang cukup membanggakan :D

Then malamnya kami plan nak berjalan-jalan ke Ipoh then esok pagi baru bertolak pulang ke UTHM. But pak cik tu cakap, the van will be used tomorrow.huhu terpaksa balik jugak malam tu. But we still go to the Ipoh untuk dinner kami. Alaaaaaaa nak balik dah ke :( . tak puas main-main lagiiii !!!!!

Kami pergi makan kat Gambang Malam Ipoh. Then after that, we're leaving Perak. Dalam perjalanan, aku hanya tidur je..sampailah di bumi UTHM :D. Alhamdulillah sampai dengan selamat