07 July 2013

Ke Kebun

Assalamualaikum manusia maya :)

Hari ni tah ape mimpi aku bangun awal. eheh. Kantoi selalu bangun lambat =P

Bangun cuci muka then makan nasi goreng yang mak buat. Tiba-tiba tengah makan mak nak ke kebun. Jadi aku pon excited lah nak ikut. Sebab dah lama tak ke kebun. Lama jugak la sejak pokok getah dah ditebang. Sekarang ganti dengan kelapa sawit.

Mak naik moto dengan abah. Aku naik moto dengan akak aku. Vroom vroom =D

Tadaaa...pemandangannya. agak semak sikit. Actually semak banyak =D

Ada pokok tebu abah tanam. Kalau nak makan tebu,amik je kat kebun =P


Ni pokok nenas. Tapi belum ada buah lagi. hehe  


Anak pisang. Ni pucuk nya...


Jantung Pisang


Taraaa...Ni pisang nangka. Hmm muda lagi ni. huhu


Haa ni lah buah sawitnya. Ni kecik lagi. Kalau dh besar baru lah nampak biji-biji dia


Mak. Tengok ape ntah. haha


Yang ni embun pagi. Pukul 9 pon still ada embun lagi. =)


Ni bunga apa ntah. Aku saja je snap. Hobby aku kan =)


Semut Hitam. Mencari rezeki di pokok tebu =)


Nothing. Just pokok yang tumbuh meliar. ceh =P


Sky no limit. Sama juga seperti usaha kita untuk mencapai cita-cita. Takkan pernah berputus asa, Cewah bermadah pulak -.-



ok lah, tu je nak upload. Nak bgtahu yang aku ke kebun =P

06 July 2013

Pray For Syria

Assalamualaikum... :)


Tinggal 4hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan bulan penuh berkat. Dah sedia ke nak kawal nafsu? Hmm...ckp pasal puasa, mcm mana lah keadaan saudara Islam kita kat Syria kan? Mcm mana diorang puasa nanti...



Cerita kat syria yang mana kerajaan mereka sekarang di pimpin oleh puak Syiah yang mana anti sunni(ahli sunnah wal jamaah)

Apa kaitan n mesir adalah pemimpin yg kene gulingkan sekarang adalah mampu nak bela negara tetindas macam syria n palestin. Pemimpinnya adalah Dr Muhamad Mursi. Beliau dilantik melalui demokrasi macam pru kat Malaysia lah. Setahun je bertahan (dia menang plihanraya tahun lepas). Dia tu mewakili ikhwanul muslimin.

Dia tu pemimpin Islam yg sgt bagus. Dunia Islam mengharapkan dia dpat membela syria dan palestin suatu hari nanti.

Dekat Syria kan sekarang diperintah syiah Bashar Al-Assad. Tu yang ada kene sembelih bagai. Kejam !!! Diorang tak bersalah. Takpe. Diorang tetap syahid :(


Sekarang syiah dah ada kat malaysia. Cuma beza syiah kat syria ialah kat sana dh berlaku pertumpahan darah. Malaysia? Apa tindakan kerajaan Malaysia untuk hapuskan golongan sesat ni? Nak tunggu sampai negara kucar-kacir baru nak ambil tindakan? Masa tu dah terlambat :(

Syiah dan sunni disuruh bersatu? Syiah sesat, tak boleh bersatu. Nanti ada yang lagi menyimpang dari agama.
Lagi satu, pasal tv3 yang tanpa was-was melaporkan berita palsu tentang dr morsyi. Berapa juta dollar yang tv3 dpt untuk sebarkan fitnah ni dekat Malaysia ? Bende ni lah yang buat ramai marah dan minta TV3 minta maaf and tarik balik report tu. BOIKOT TV3 ! 

Kalau bab gosip, sanggup pulak TV3 ni pergi terjah artis itu ini nak tahu perkara benar. Bab-bab sedara islam? Hampeh...

Fitnah besar-dunia islam-suatu hari Islam bangkit, tau-tau lah kita. Kiamat. Wallahualam...

Sori la cerita aku terabur. Aku taip ikut apa yang terlintas kat kepala 

PRAY FOR SYRIA. PRAY FOR MUSLIMS.

28 June 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum... :)

Salam Jumaat semua...

Hari ni merupakan jumaat terakhir dalam bulan Jun. Sepanjang bulan ni apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan? Sama-sama kita muhasabah diri.

Aku pon tak baik jugak, sebab tu lah kita dijadikan makhluk yang bernama manusia. Manusia yang dicipta untuk memperingati antara satu sama lain.

Kalau nak tahu, ustaz dan ustazah pon ada buat salah. Even imam pon terkadang tak lari dari kesalahan. Apa yang dikatakan salah dari sisi agama perlu ditegur dan nasihat.

Katakan sesorang pemimpin itu telah melakukan kesalahan yang melanggar hukum Allah, seorang yang miskin harta tapi kaya ilmu pon boleh menegur pemimpin itu.

Setidaknya kita menyedarkan seseorang itu. Bukan pangkat dan darjat yang menjadi ukuran untuk kita menegur dan ditegur. Tetapi kerana kita adalah hamba yang kerdil yang terkadang tersasar dari landasan.

Beberapa minggu sebelum sya'aban melabuh tirai, sama-samalah kita buat persediaan menyambut bulan mulia Ramadhan. Lebih kurang dua minggu sebelum nak berpuasa kan. Cepatnya masa berlalu. Huhu...